Khamis, 3 Januari 2013

Perbezaan Antara Suka & Cinta

CINTA ialah perasaan cinta kita pada seseorang di mana kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, sebolehnya kita nak si dia tahu dan kita sedaya upaya tak nak melukai hati si dia yang tersayang walaupun kadang-kadang tanpa kita sedari kita dah melukai hati dan perasaannya. Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya dan sanggup berkorban apa saja demi dia. Perasaan cinta yang tulus tidak akan mengharapkan apa-apa balasan dan sentiasa ingin jujur dalam hubungan.

SUKA pula ialah perasaan sukakan seseorang. Apabila kita bersama dengan dia kita rasa hidup ceria je dengan gelak ketawa. Kita suka sebab sifat atau perangai yang ada pada si dia. Tapi kalau kita tak berjumpa dengan dia dalam satu tempoh yang lama, tidak pulak terbit perasaan rindu atau gelisah di hati. 





gfxlovers.com/smilies  Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang
  Di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira


gfxlovers.com/smilies  Di depan orang yang kita cinta, kita akan menjadi malu
  Di depan orang yang kita suka, kita akan menunjukkan
imej kita yang sebenar


gfxlovers.com/smilies  Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata
  Di depan orang yang kita suka, kita bebas untuk berkata apa saja


gfxlovers.com/smilies  Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta
  Kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka


gfxlovers.com/smilies  Bila orang yang kita cinta menangis, kita jua akan turut menangis
  Bila orang yang kita suka itu menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira




P/S honestly aku sendiri tidak tahu apa yang aku tulis ini betul atau tidak...so kepada sesiapa yang pernah menyukai & mencintai seseorang mungkin dia boleh membezakan antara perasaan suka & cinta...
  bye

0 ulasan:

Catat Ulasan