Jodoh itu rahsia Allah
Sekuat mana kita setia
Sehebat mana kita merancang
Selama mana kita menunggu
Sekeras mana kita bersabar
Sejujur mana kita menerima kekasih kita
Jika Allah SWT tidak menulis jodoh kita bersama kekasih kita,
kita tetap tidak akan bersama dengannya
~Jodoh adalah pasangan yang telah Allah tetapkan untuk kita dan yang telah Allah tuliskan di luh mahfuz. Itu semua rahsia Allah~

Jodoh itu suatu yang misteri. Jika kita bercinta bagai nak rak tapi tidak semestinya kita akan berkahwin dengan si dia kerana belum tentu si dia itu adalah jodoh kita yang telah Allah tetapkan untuk kita. Meskipun telah berkahwin, tidak semestinya akan bersama hingga nafas yang terakhir kerana itu ketentuan Allah.

Zaman sekarang ada yang mengkategorikan jodoh kepada 3 jenis, iaitu:
1. Jodoh dari syaitan
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila perempuan itu mengandung, barulah si lelaki menikahi perempuan tersebut.
2. Jodoh dari jin
iaitu lelaki/perempuan yang menyukai seorang perempuan/lelaki yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan/lelaki itu untuk setuju berkahwin dengannya.
3. Jodoh dari Allah
iaitu pandangan dua pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu, lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi dan perempau itu menerimanya. Mereka menikah dan bercinta selepas itu.
P/S untuk mendapatkan pasangan yang soleh/solehah...terlebih dahulu kita perlu menjadi seorang yang solehah/soleh... ^_^
0 ulasan:
Catat Ulasan