Jumaat, 18 Januari 2013




ASSALAMUALAIKUM
^_^


Hari ni birthday mama aku...so seperti tahun2 yang lalu, kami celebrate hanya dengan potong kek sahaja...



tahun ni untuk birthday mama, kami pilih kek special sikit iaitu chocolate ice cream cake...
walaupun harganya agak mahal sikit tapi rasa kek ni sangat sedap & memuaskan hati...hehehe...tapi yang penting kek ni adalah untuk satu2nya mama yang kami ada...so harga tu tak kisah sangat...


aku ucapkan semoga mama panjang umur, murah rezeki & sentiasa bahagia disisi anak & menantu yang sentiasa menyayangi dirinya... 





Selasa, 15 Januari 2013

My First Experience...




Tadi aku pergi interview...ini adalah pengalaman interview aku yang pertama tau...fuhh nervous giler...dengan cuaca yang baru lepas hujan & aircond yang kuat lagi memang sejuk betul tangan aku tadi & bertambah nervous jadinya aku...

Kita orang terpaksa tunggu hampir 30 minit baru lah interview tu dimulakan...sementara menunggu untuk dipanggil oleh penemu duga tu, ishhh memang tak senang duduk aku dibuatnya...

Dalam bilik interview tu nasib baik la aku boleh rileks sikit...tak lah gugup menjawab soalan yang ditanya...

Syukur alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar ^_^


Sabtu, 12 Januari 2013

JODOH ITU RAHSIA ALLAH



Jodoh itu rahsia Allah
Sekuat mana kita setia
Sehebat mana kita merancang
Selama mana kita menunggu
Sekeras mana kita bersabar
Sejujur mana kita menerima kekasih kita
Jika Allah SWT tidak menulis jodoh kita bersama kekasih kita,
kita tetap tidak akan bersama dengannya 



~Jodoh adalah pasangan yang telah Allah tetapkan untuk kita dan yang telah Allah tuliskan di luh mahfuz. Itu semua rahsia Allah~




Jodoh itu suatu yang misteri. Jika kita bercinta bagai nak rak tapi tidak semestinya kita akan berkahwin dengan si dia kerana belum tentu si dia itu adalah jodoh kita yang telah Allah tetapkan untuk kita. Meskipun telah berkahwin, tidak semestinya akan bersama hingga nafas yang terakhir kerana itu ketentuan Allah.


                            


Zaman sekarang ada yang mengkategorikan jodoh kepada 3 jenis, iaitu:

1. Jodoh dari syaitan
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila perempuan itu mengandung, barulah si lelaki menikahi perempuan tersebut.

2. Jodoh dari jin
iaitu lelaki/perempuan yang menyukai seorang perempuan/lelaki yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan/lelaki itu untuk setuju berkahwin dengannya.

3. Jodoh dari Allah
iaitu pandangan dua pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu, lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi dan perempau itu menerimanya. Mereka menikah dan bercinta selepas itu.







P/S untuk mendapatkan pasangan yang soleh/solehah...terlebih dahulu kita perlu menjadi seorang yang solehah/soleh... ^_^

Jumaat, 11 Januari 2013


Antara Tempat Yang Ingin Dikunjungi

Antara banyak2 tempat yg ada di dunia ni, ada bbrp tmpt yg aku teringin sgt nak pergi.
Antaranya ialah:


1. Mekah & Madinah



2. Australia



3. Switzerland



4. Jepun




5. Korea


6. Paris



7. Cape Town




8. Dubai




P/S boring pun kes maka wujud lah entri ini...hehehe ^_^

Selasa, 8 Januari 2013

BUNGA ROS

Kebiasaannya warna dan bilangan bunga ros sering dikaitkan dengan maksud-maksud tertentu...di bawah aku dah nyatakan maksud-maksudnya...namun ini hanyalah sekadar info untuk dikongsi bersama...janganlah terlalu taksub dengan maksud disebalik warna dan bilangan bunga ros tersebut...hehehe ^_^


.....................................................................................................


Apakah Maksud Disebalik Warna Bunga Ros?



Bunga Ros Merah: memberi makna cinta, penghormatan, keberanian dan keikhlasan hati menyintai seseorang.



Bunga Ros Putih: memberi makna kegembiraan dan menunjukkan rasa ambil berat terhadap seseorang. Jika berkaitan dengan cinta, bunga ros putih menunjukkan cinta sejati pemberi. Selain itu, bunga ros putih juga melambangkan kesucian, kehormatan dan tak bersalah. Bunga yang biasanya dilihat pada hari perkahwinan melambangkan bahawa pemberi bunga adalah seorang yang tulus ikhlas dalam perhubungan.



Bunga Ros Kuning: menjadi lambang persahabatan. Selain itu, ros kuning melambangkan selamat datang / welcome back dan sesuai diberi kepada seseorang yang baru bergelar ibu serta mereka yang bergraduasi.



Bunga Ros Pink: pemberi bunga menyatakan kamu adalah cinta pertama nya. Selain itu, ros pink membawa maksud romantik, kebahagiaan dan kagum terhadap seseorang.


PERHATIAN:
kombinasi warna merah dan kuning menunjukkan kegembiraan
kombinasi warna merah dan putih melambangkan kesepakatan




Makna Tersirat Berdasarkan Bilangan Bunga Ros


1 Rose
Cinta pandang pertama, kau lah yang satu
2 Roses
Saling menyayangi antara satu sama lain
3 Roses
I love you
6 Roses
Aku ingin menjadi milikmu
7 Roses
Aku tergila-gilakan kamu
 9 Roses
Cinta yang abadi, hinga hujung nyawa
10 Roses
Kamu adalah sempurna
11 Roses
Kaulah benda yang paling berharga, yang paling disayangi di muka bumi ini
12 Roses
Be my steady
13 Roses
Peminat rahsia
15 Roses
Saya minta maaf, tolong maafkan saya
 20 Roses
Percayalah, aku sangat jujur terhadap kamu
21 Roses
Aku setia pada mu
24 Roses
Tak boleh berhenti teringatkan awak, 24jam sehari
33 Roses
menyatakan “Aku cinta padamu” dengan lebih mendalam lagi
36 Roses
Aku akan ingati waktu-waktu indah kita bersama
 40 Roses
Cintaku padamu adalah tulen
 50 Roses
Cinta yang tiada sesalan
99 Roses
Aku akan mencintaimu sepanjang hidupku
100 Roses
Akan kekal bersama bahagia seabad lamanya, akan kekal setia hingga lanjut usia
101 Roses
Kaulah satu-satunya cintaku
108 Roses
Jom Kahwin!
365 Roses
Tak boleh berhenti memikirkan kamu 365hari
999 Roses
Cinta yang berkekalan sampai bila-bila

Sabtu, 5 Januari 2013



ASSALAMUALAIKUM
^_^


Hari ni cuaca cerah sangat,tak macam semalam,hujan dari pagi hingga ke tengahari...Hari ni tak tau nak buat apa...macam hari-hari sebelum ni just baca novel jer la kerja aku...hehehe...
Erm...sampai sekarang masih belum ada rezeki nak kerja...rasa bosan duduk kat rumah jadi penganggur... bukan nya aku tak cari tapi belum ada rezeki...kebanykan vacancy perlukan pekerja lelaki, perlukan yang berpengalaman and so on...but don't worry aku akan berusaha lagi...usaha tu kan tangga kejayaan...hehehe
ok la...that's it for today...
have a nice day to all readers...
 


Khamis, 3 Januari 2013








Sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan,
Tetapi apa yang tidak diduga selalu berlaku dengan tiba-tiba,
Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam,
Tetapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti untuk selamanya ♥ ;)

Perbezaan Antara Suka & Cinta

CINTA ialah perasaan cinta kita pada seseorang di mana kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, sebolehnya kita nak si dia tahu dan kita sedaya upaya tak nak melukai hati si dia yang tersayang walaupun kadang-kadang tanpa kita sedari kita dah melukai hati dan perasaannya. Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya dan sanggup berkorban apa saja demi dia. Perasaan cinta yang tulus tidak akan mengharapkan apa-apa balasan dan sentiasa ingin jujur dalam hubungan.

SUKA pula ialah perasaan sukakan seseorang. Apabila kita bersama dengan dia kita rasa hidup ceria je dengan gelak ketawa. Kita suka sebab sifat atau perangai yang ada pada si dia. Tapi kalau kita tak berjumpa dengan dia dalam satu tempoh yang lama, tidak pulak terbit perasaan rindu atau gelisah di hati. 





gfxlovers.com/smilies  Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang
  Di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira


gfxlovers.com/smilies  Di depan orang yang kita cinta, kita akan menjadi malu
  Di depan orang yang kita suka, kita akan menunjukkan
imej kita yang sebenar


gfxlovers.com/smilies  Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata
  Di depan orang yang kita suka, kita bebas untuk berkata apa saja


gfxlovers.com/smilies  Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta
  Kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka


gfxlovers.com/smilies  Bila orang yang kita cinta menangis, kita jua akan turut menangis
  Bila orang yang kita suka itu menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira




P/S honestly aku sendiri tidak tahu apa yang aku tulis ini betul atau tidak...so kepada sesiapa yang pernah menyukai & mencintai seseorang mungkin dia boleh membezakan antara perasaan suka & cinta...
  bye