Sabtu, 16 November 2013

Kenapa erk wanita dijadikan dari tulang rusuk???




Apakah benar wanita dari tulang rusuk lelaki???
Bahagian mana???
Sebelah mana???


Rasullulah S.A.W. menjelaskan dalam haditsnya
Artinya: Sesungguhnya wanita itu dicipta dari tulang rusuk. Dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian atas. Jika anda meluruskannya, sama artinya anda memecahkannya. Jika anda biarkan, dia akan tetap bengkok. Kerana itulah, anda harus selalu memberikan nasihat-nasihat kebaikan. (HR. Muslim)


Siti Hawa diciptakan daripada tulang rusuk. Mengapa tidak diambil dari kepala? Mengapa tidak diambil dari kaki atau dari anggota tubuh yang lain? Mengapa Hawa tidak diciptakan daripada tanah seperti kejadian Nabi Adam? Dan untuk apa Siti Hawa diciptakan?

Wanita tidak dicipta daripada kepala lelaki (Adam), supaya tidak melebihi atau mengungguli kudrat lelaki.
Wanita tidak dicipta daripada kaki, supaya wanita tidak dihina atau dipijak oleh lelaki.
Wanita tidak diciptakan daripada tanah, kerana wanita memang kudratnya tidak sama dengan lelaki.
Wanita diciptakan daripada tulang rusuk lelaki kerana memang untuk dijadikan pasangan kepada lelaki, menjadi pendamping lelaki, menjadi kesenangan lelaki dan mengimbangi hidup lelaki.



Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him. 




Khamis, 10 Oktober 2013





Kerja oh kerja...dulu dapat kerja yang terlampau sibuk...duduk tak sampai 5 minit terpaksa berdiri semula...tapi berdiri sampai berjam-jam lamanya...itu la penatnya kerja sebagai cashier...siapa cakap kerja cashier ni senang...penat tau tak...bila sendiri yang rasa baru la tau macam mana rasa penatnya...dulu aku ingat jadi cashier ni senang je...cuma perlu tekan2 mesin tu or scan then kira duit...that's all...hehehe :grin:...walaupun penat tapi tetap ada seronoknya sebab kita dapat lihat pelbagai ragam manusia...ada yang membuat kita tersenyum...yang menyakitkan hati pun of course la ada kan...teringat pula masa first day kerja dulu...tak sampai 30 minit aku start kerja dah ada customer yang marah2...aishhh...lumrah kehidupan...betul tak? :grin:

Sekarang aku dah kerja sebagai kerani dekat sebuah syarikat kontraktor...tapi just syarikat kecil je tak besar pun...korang percaya tak dekat ofis aku kerja tu ada 3 orang pekerja je...2 orang kerani & 1 orang supervisor...ishx3 [-(...bila kerja dekat sana, rasa macam makan gaji buta tau tak...hari2 kerja aku on9 fb, baca novel & watching movie...takde kerja pun nak dibuat...best memang la best kan sebab tak penat buat kerja tapi bosan gila kot duduk kat ofis tu 8 jam sehari tanpa buat apa2 kerja...ishx3 [-(...then bos aku tu selalu kalau bagi kerja suka bagi last minit tau...dah nama nya pekerja kan so kena la siap kan juga...eerrrmmmm :???:

Apa2 pun syukur alhamdulillah sekarang aku dah kerja, tak menganggur lagi...tak kira la penat, bosan atau best sesuatu pekerjaan tu yang penting ianya halal...lagi pun sekarang ni bukan senang tau nak dapat kerja...terseksa jiwa & raga bila jadi penganggur...setuju tak???
So aku harap korang dapat melaksanakan kerja korang dengan kesabaran & keikhlas :lol:

::ok la...sampai di sini sahaja perkongsian cerita aku kali ini:::





Selasa, 10 September 2013

::MARAH::

asswrwb




 Merujuk kepada tajuk di atas, adalah dengan ini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang perasaan marah....hehehe ;)
Anda semua pasti tahu apa itu marahX(. Betul tak? Setebal apa pun kesabaran seseorang itu, dia pasti mempunyai perasaan marah dalam dirinya.


Menurut Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazaliyy, marah adalah elemen yang terdapat dalam hati manusia iaitu ibarat api dalam sekam. Kemarahan yang dikenali umum sebagai aspek negatif, namaun  Islam mempunyai pandangan khusus tentang elemen marah.

Takrif marah dalam kamus dewan pula ialah perasaan panas hati, berang, gusar dan murka.

Untuk pengetahuan anda semua, marah terdapat 2 jenis:
  1. Marah yang terpuji~marah yang dilakukan kerana Allah, bertujuan kebaikan dan memberi pengajaran, tidak melampaui batas, tidak mengeluarkan kata-kata kotor dan bukan melempiaskan emosi dan hawa nafsu.
  2. Marah yang tercela~marah yang dilakukan bukan kerana Allah, tidak memberi pengajaran, melampaui batas, mengeluarkan kata-kata kotor, bertujuan melempiaskan emosi dan hawa nafsu.
Imam al-Ghazaliyy membahagikan kategori tabiat marah kepada 4:
  1. Orang yang cepat marah dan cepat reda kemarahannya.
  2. Orang yang lambat marah dan lambat reda kemarahannya.
  3. Orang yang lambat marah dan cepat reda kemarahannya.
  4. Orang yang cepat marah dan lambat reda kemarahannya.
Kategori marah yang paling baik adalah kategori yang ketiga manakala kategori yang paling buruk adalah kategori yang keempat.


Langkah-langkah Pencegahan Marah
  1. Niat yang ikhlas ~ keazaman yang ikhlas untuk mengawal kemarahan kerana sedar ia adalah suruhan agama dan sedar keburukannya jika tidak dikawal.
  2. Sabar ~ kesabaran adalah salah satu kunci ketenangan psikologi dalam Islam. Orang yang sabar akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT seperti mendapat keampunan dan kedudukan yang istimewa di sisi Allah.
  3. Sifat pemaaf ~ melambangkan ketinggian akhlak seseorang sebagaimana yang dipamerkan oleh Rasullulah SAW. Sifat pemaaf jika diserap dalam keperibadian seseorang akan memudahkan lagi proses mengawal kemarahan.
  4. Faham konsep gagal mengawal kemarahan tanda kelemahan ~ kemarahan melampau bukanlah kegagahan atau kekuatan tetapi adalah tanda kelemahan seseorang kerana dirinya gagal mengawal emosi dan gagal membendung bisikan syaitan.
  5. Membayangkan wajah anda yang hodoh ketika marah ~ Imam al-Ghazaliyy menyarankan agar membayangkan wajah kita yang hodoh ketika marah. Jadi ia adalah suatu yang memalukan dan patut dihindari.
  6. Tawaddu' ~ bermaksud merendah diri. Apabila kita merendah diri, hilanglah kemegahan jiwa dan akan selamat dari keburukan amarah.
  7. Istighfar dan banyakan amal ibadat ~ sifat pemarah mungkin juga berpunca dari sifat-sifat madzmumah seperti takbur, ego, tamak dan sebagainya. Maka kita perlulah meningkatkan lagi amal ibadah.


Langkah Pengawalan Ketika Marah

  1. Membaca taawuz
  2. Jika marah sedang berdiri hendaklah duduk dan jika masih tidak kurang hendaklah baring.
  3. Mengambil wudhu.
  4. Berzikir dan membaca al-Quran.
  5. Diam.


 Setakat ini sahaja entri kali ini....terima kasih kepada yang sudi membaca....

Isnin, 26 Ogos 2013




ASSALAMMUALAIKUM.... 

 Dah lama rasanya aku tak update blog ni...hehehe....maklum la sibuk beraya dan sekarang ni sibuk dengan kerja pula...
Syukur alhamdulillah...setelah lebih setahun mengganggur sekarang ni dah bekerja hampir seminggu ;;)

Ermmm...tapi aku tak rasa seronok dengan kerja ni :cry:...terlalu banyak tekanan la semasa bekerja, rakan sekerja pun ada yang ok ada yang tak, bos pun kurang mesra dengan pekerja & customer pun ada bermacam-macam ragam...tapi aku akan betahan dan cuba buat yang tebaik...bak kata pepatah melayu, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian :-D

Semoga semua urusan dipermudahkan & segala kesabaran serta usaha yang aku lakukan akan memberi kebaikan suatu hari nanti...aamiin :grin:

Ok la, setakat ini sahaja entri kali ni...sekarang aku nak bersiap-siap untuk kerja.



Jumaat, 28 Jun 2013

~MY EMOTIONS TODAY~




Pouting face




Cursing





Sad Tears



Beberapa hari ni mood tak menentu. I don't  know why but maybe I'm stressed or fed up with my life...


p/s  sorry if my english is severe
Winking Victory Sign

Isnin, 20 Mei 2013

ANDAI SEORANG LELAKI ITU DATANG...






Andai seorang lelaki datang kepadamu ketika kau perlukan teman...
Andai seorang lelaki datang kepadamu dengan ciri-ciri lelaki idaman...
Andai seorang lelaki datang menegur dan membuatmu terhibur...
Andai seorang lelaki datang menanyakan pendapatmu tentang dirinya...
Andai seorang lelaki datang menanyakan tentang ketampanan wajah dan keromantikan dirinya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang memintamu membetulkan kolar baju dan rambutnya...
Andai seorang lelaki datang kepadamu sambil merapatkan badannya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang tanpa segan silu padamu walau dirimu sudah pemalu, sopan dan ayu...
Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu???

Mungkin pada pandangan lelaki itu,
"Kau sangat comel pada mataku"

"Kau dah seperti adik kandungku"

"Lu keras macam tomboy takkan lu nak feeling dengan gua"

"Kau dan aku bukan alim sangat jadi janganlah nak hipokrit"

"Kaulah kekasihku, kau perlukan belaian dan sokongan moral dariku"

"Aku tahu kau sunyi, aku tak kisah kalau aku kau nodai. Aku sudi dan sabar menanti"

"Oh, kau adalah bakal isteriku, aku harus berlatih dari sekarang 'menumpangkan' bahuku"

"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang
 lain "

Tetapi wahai wanita, adakah itu yang kamu mahu dan dambakan???
Adakah itu yang kamu perlukan???

Andai seorang lelaki itu datang...
Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...

BERANIKAN diri untuk BERUNDUR
GAGAHKAN diri untuk TIDAK CAIR DILEBUR
TABAHKAN diri untuk menjadi PEREMPUAN EKSKLUSIF YANG UNGGUL!

Perempuan yang taat hanya pada lelaki yang bernama ayah dan suami
Perempuan yang sedar maruah dan keunikan diri
Perempuan yang takkan cair dengan pujukan rayu 'syaitan' lelaki
Perempuan yang punya jati diri, berundur kerana tak mahu suaminya nanti dibayangi bekas teman-teman lelaki
Sesungguhnya, neraka itu hakiki...

Ingatlah wahai diri yang bernama wanita, andai seorang lelaki itu datang...
Beranikanlah diri untuk berfikir dan menolak dengan mata...





::INI ADALAH PERINGATAN UNTUK DIRI AKU SENDIRI DAN SEMUA WANITA::

Rabu, 1 Mei 2013

CANTIKNYA SEORANG WANITA





Di Manakah Cantiknya Seorang Wanita???

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan tajam. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi ibu, ayah, suami dan pipi anak-anak. Atau pun pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan

Sejuta perkataan masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan wanita. Kepada semua wanita panjatkanlah rasa kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita wanita dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin setiap waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia iaitu sifat kewanitaan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.


Bagaimanakah Cara Ingin Menjadi Lebih Cantik Dan Menarik???

 Jadikanlah ghadhul Bashar sebagai "hiasan mata" anda, nescaya 
    akan semakin bening dan jernih.

 Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin 
     manis.

 Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari 
     rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

 Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan 
     kesalahan yang anda lakukan.

 Rawatlah rambut anda dengan "selendang Islami" yang akan 
     menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahaya.

 Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari 
     anda dengan cincin Ukhuwwah.

 Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

 Bedaklah wajah anda dengan "air wuduk" nescaya akan bercahaya di 
     akhirat. Insayallah.


Sabtu, 20 April 2013

::REDHA::PASRAH::



Apakah yang dimaksudkan dengan redha???

Redha ialah menerima dengan rasa tenang tanpa ada rasa kecewa atau tertekan dengan apa yang diberi oleh Allah kepada kita baik berupa hukum dan peraturan qada' mahupun sesuatu ketentuan daripadaNya.

Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kita kepada Allah Taala untuk mendekatkan lagi diri kita kepadaNya.

Redha Allah kepada hambaNya adalah berupa tambahan kenikmatan, pahala, dan ditinggikan darjat kemuliaannya. Sedangkan redha seorang hamba kepada Allah mempunyai erti menerima dengan sepenuh hati setiap ketetapan dari Allah dengan melaksanakan segala perintahNya serta menjauhi semua laranganNya.

Semua ketetapan yang telah ditentukan oleh Allah haruslah diterima dengan cara bersyukur ketika mendapatkan nikmat dan bersabar ketika ditimpa musibah. Namun, disebalik redha juga perlu ada usaha iaitu kita berusaha untuk mengubah ketetapan yang kita rasa tidak baik untuk diri kita. Contohnya, kegagalan. Kita redha dengan kegagalan kita pada masa kini namun pada masa yang sama kita perlu lebih berusaha untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang.




Apa pula maksud pasrah???

Pasrah mempunyai sama maksud dengan redha cuma bezanya pasrah ialah kita menerima kenyataan dengan begitu sahaja tanpa ada usaha untuk mengubahnya.




Ahad, 14 April 2013

:: BIRTH FLOWER::




Januari~Carnation 
Carnation

Mewakili kebanggaan, kecantikan, kekaguman, kasih sayang dan rasa berterima kasih. Erti bunga carnation bergantung kepada warnanya yang pelbagai. Bunga carnation yang berwarna merah membawa maksud sebagai kekaguman sedangkan warna merah yang gelap ertinya kasih sayang yang dalam. Warna putih bermaksud cinta yang murni, persahabatan dan keberuntungan.



Februari~Iris


Bunga iris melambangkan keyakinan, keberanian, kebijaksanaan, harapan dan pujian. Bunga ini biasanya berwarna biru, putih, kuning dan ungu. Pada zaman kuno, akar bunga iris digunakan dalam perfume dan ubat-ubatan.


Mac~Daffodil

Bunga ini bererti kelahiran kembali, semangat baru, kegembiraan, keceriaan, kehormatan dan penghargaan. Bunga daffodil sesuai untuk meraikan sesuatu yang menggembirakan seperti anak baru, rumah baru atau pekerjaan baru.



April~Daisy

Bunga daisy cukup sederhana bentuknya. Bunga ini melambangkan kepolosan, kemurnian fikiran, hati serta jiwa. Selain itu, bunga daisy juga melambangkan cinta yang mengalahkan segalanya. Pemberian bunga daisy khusus untuk seseorang adalah bukti bahawa kasih sayang anda benar kerana bunga yang sederhana ini juga merupakan tanda cinta sejati dan kasih sayang.



Mei~Lily

Bunga lily mencerminkan kesucian hati, keagungan dan kehormatan. Bunga ini juga dikatakan membawa keberuntungan dalam cinta.



Jun~Mawar

Bunga mawar mempunyai pelbagai warna dan warna-warna tersebut membawa maksud yang tersendiri. Namun semua bunga mawar melambangkan cinta, penghargaan dan mengungkapkan kecantikan, keindahan serta kesempurnaan.



Julai~Delphinium

Bunga delphinium melambangkan hati yang terbuka dan perasaan tanpa beban. Warna yang lembut dan keharuman yang menyegarkan dari bunga kelahiran musim panas ini memberikan keindahan yang sangat menarik.



Ogos~Gladiol

Bunga ini mencerminkan kekuatan karekter, kecantikan, keindahan dan kekaguman. Buket bunga gladiol diberikan sebagai tanda penghormatan kepada orang yang karekternya anda kagumi.



September~Aster

Bunga ini membawa maksud kesabaran, kehalusan cinta, dan keberuntungan. Bunga aster dikenali sebagai pengikat cinta, simbol keabadian dan keagungan. 



Oktober~Marygold

Bunga ini melambangkan kasih sayang, rahmat, kepuasan, rasa syukur dan simpati. Bunga marygold selalu diberikan untuk meraikan kelahiran bayi baru dan dipakai dalam pernikahan.



November~Chrysanthemum

Bererti kasih sayang, keceriaan, keindahan, kekayaan, persahabatan dan cinta rahsia.



Disember~Poinsettia
 

Bunga ini juga dikenali sebagai bunga natal. Ia melambangkan keceriaan dan kegembiraan.

Jumaat, 12 April 2013






Assalamualaikum...
    Sekarang baru dapat update blog sebab baru je baik demam tapi tekak masih sakit la dan sedih sikit sebab demam masa birthday sendiri beberapa hari yang lalu. Ermmm...sebenarnya bukan sedih sikit tapi sedih sangat sebab tahun ni buat pertama kalinya aku sambut birthday tanpa papa di sisi. I miss him so much...
Anyway, semoga hari-hari yang seterusnya  lebih baik daripada hari-hari yang semalam...aamiin 
Smiley Face



Sabtu, 6 April 2013









Wahai Mr.H

Kehadiran awak selama 2 hari beberapa minggu yang lalu telah menghuru-harakan semula fikiran dan perasaan saya sehingga hari ini...


::susahnya nak buang awak dari hati ini::