Sabtu, 20 April 2013

::REDHA::PASRAH::



Apakah yang dimaksudkan dengan redha???

Redha ialah menerima dengan rasa tenang tanpa ada rasa kecewa atau tertekan dengan apa yang diberi oleh Allah kepada kita baik berupa hukum dan peraturan qada' mahupun sesuatu ketentuan daripadaNya.

Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kita kepada Allah Taala untuk mendekatkan lagi diri kita kepadaNya.

Redha Allah kepada hambaNya adalah berupa tambahan kenikmatan, pahala, dan ditinggikan darjat kemuliaannya. Sedangkan redha seorang hamba kepada Allah mempunyai erti menerima dengan sepenuh hati setiap ketetapan dari Allah dengan melaksanakan segala perintahNya serta menjauhi semua laranganNya.

Semua ketetapan yang telah ditentukan oleh Allah haruslah diterima dengan cara bersyukur ketika mendapatkan nikmat dan bersabar ketika ditimpa musibah. Namun, disebalik redha juga perlu ada usaha iaitu kita berusaha untuk mengubah ketetapan yang kita rasa tidak baik untuk diri kita. Contohnya, kegagalan. Kita redha dengan kegagalan kita pada masa kini namun pada masa yang sama kita perlu lebih berusaha untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang.




Apa pula maksud pasrah???

Pasrah mempunyai sama maksud dengan redha cuma bezanya pasrah ialah kita menerima kenyataan dengan begitu sahaja tanpa ada usaha untuk mengubahnya.




0 ulasan:

Catat Ulasan