Kerja oh kerja...dulu dapat kerja yang terlampau sibuk...duduk tak sampai 5 minit terpaksa berdiri semula...tapi berdiri sampai berjam-jam lamanya...itu la penatnya kerja sebagai cashier...siapa cakap kerja cashier ni senang...penat tau tak...bila sendiri yang rasa baru la tau macam mana rasa penatnya...dulu aku ingat jadi cashier ni senang je...cuma perlu tekan2 mesin tu or scan then kira duit...that's all...hehehe


Sekarang aku dah kerja sebagai kerani dekat sebuah syarikat kontraktor...tapi just syarikat kecil je tak besar pun...korang percaya tak dekat ofis aku kerja tu ada 3 orang pekerja je...2 orang kerani & 1 orang supervisor...ishx3



Apa2 pun syukur alhamdulillah sekarang aku dah kerja, tak menganggur lagi...tak kira la penat, bosan atau best sesuatu pekerjaan tu yang penting ianya halal...lagi pun sekarang ni bukan senang tau nak dapat kerja...terseksa jiwa & raga bila jadi penganggur...setuju tak???
So aku harap korang dapat melaksanakan kerja korang dengan kesabaran & keikhlas

::ok la...sampai di sini sahaja perkongsian cerita aku kali ini:::