
Merujuk kepada tajuk di atas, adalah dengan ini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang perasaan marah....hehehe

Anda semua pasti tahu apa itu marah

Menurut Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazaliyy, marah adalah elemen yang terdapat dalam hati manusia iaitu ibarat api dalam sekam. Kemarahan yang dikenali umum sebagai aspek negatif, namaun Islam mempunyai pandangan khusus tentang elemen marah.
Takrif marah dalam kamus dewan pula ialah perasaan panas hati, berang, gusar dan murka.
Untuk pengetahuan anda semua, marah terdapat 2 jenis:
- Marah yang terpuji~marah yang dilakukan kerana Allah, bertujuan kebaikan dan memberi pengajaran, tidak melampaui batas, tidak mengeluarkan kata-kata kotor dan bukan melempiaskan emosi dan hawa nafsu.
- Marah yang tercela~marah yang dilakukan bukan kerana Allah, tidak memberi pengajaran, melampaui batas, mengeluarkan kata-kata kotor, bertujuan melempiaskan emosi dan hawa nafsu.
Imam al-Ghazaliyy membahagikan kategori tabiat marah kepada 4:
- Orang yang cepat marah dan cepat reda kemarahannya.
- Orang yang lambat marah dan lambat reda kemarahannya.
- Orang yang lambat marah dan cepat reda kemarahannya.
- Orang yang cepat marah dan lambat reda kemarahannya.
Kategori marah yang paling baik adalah kategori yang ketiga manakala kategori yang paling buruk adalah kategori yang keempat.
Langkah-langkah Pencegahan Marah
- Niat yang ikhlas ~ keazaman yang ikhlas untuk mengawal kemarahan kerana sedar ia adalah suruhan agama dan sedar keburukannya jika tidak dikawal.
- Sabar ~ kesabaran adalah salah satu kunci ketenangan psikologi dalam Islam. Orang yang sabar akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT seperti mendapat keampunan dan kedudukan yang istimewa di sisi Allah.
- Sifat pemaaf ~ melambangkan ketinggian akhlak seseorang sebagaimana yang dipamerkan oleh Rasullulah SAW. Sifat pemaaf jika diserap dalam keperibadian seseorang akan memudahkan lagi proses mengawal kemarahan.
- Faham konsep gagal mengawal kemarahan tanda kelemahan ~ kemarahan melampau bukanlah kegagahan atau kekuatan tetapi adalah tanda kelemahan seseorang kerana dirinya gagal mengawal emosi dan gagal membendung bisikan syaitan.
- Membayangkan wajah anda yang hodoh ketika marah ~ Imam al-Ghazaliyy menyarankan agar membayangkan wajah kita yang hodoh ketika marah. Jadi ia adalah suatu yang memalukan dan patut dihindari.
- Tawaddu' ~ bermaksud merendah diri. Apabila kita merendah diri, hilanglah kemegahan jiwa dan akan selamat dari keburukan amarah.
- Istighfar dan banyakan amal ibadat ~ sifat pemarah mungkin juga berpunca dari sifat-sifat madzmumah seperti takbur, ego, tamak dan sebagainya. Maka kita perlulah meningkatkan lagi amal ibadah.
Langkah Pengawalan Ketika Marah
- Membaca taawuz
- Jika marah sedang berdiri hendaklah duduk dan jika masih tidak kurang hendaklah baring.
- Mengambil wudhu.
- Berzikir dan membaca al-Quran.
- Diam.
Setakat ini sahaja entri kali ini....terima kasih kepada yang sudi membaca....
0 ulasan:
Catat Ulasan