Selasa, 8 Januari 2013

BUNGA ROS

Kebiasaannya warna dan bilangan bunga ros sering dikaitkan dengan maksud-maksud tertentu...di bawah aku dah nyatakan maksud-maksudnya...namun ini hanyalah sekadar info untuk dikongsi bersama...janganlah terlalu taksub dengan maksud disebalik warna dan bilangan bunga ros tersebut...hehehe ^_^


.....................................................................................................


Apakah Maksud Disebalik Warna Bunga Ros?



Bunga Ros Merah: memberi makna cinta, penghormatan, keberanian dan keikhlasan hati menyintai seseorang.



Bunga Ros Putih: memberi makna kegembiraan dan menunjukkan rasa ambil berat terhadap seseorang. Jika berkaitan dengan cinta, bunga ros putih menunjukkan cinta sejati pemberi. Selain itu, bunga ros putih juga melambangkan kesucian, kehormatan dan tak bersalah. Bunga yang biasanya dilihat pada hari perkahwinan melambangkan bahawa pemberi bunga adalah seorang yang tulus ikhlas dalam perhubungan.



Bunga Ros Kuning: menjadi lambang persahabatan. Selain itu, ros kuning melambangkan selamat datang / welcome back dan sesuai diberi kepada seseorang yang baru bergelar ibu serta mereka yang bergraduasi.



Bunga Ros Pink: pemberi bunga menyatakan kamu adalah cinta pertama nya. Selain itu, ros pink membawa maksud romantik, kebahagiaan dan kagum terhadap seseorang.


PERHATIAN:
kombinasi warna merah dan kuning menunjukkan kegembiraan
kombinasi warna merah dan putih melambangkan kesepakatan




Makna Tersirat Berdasarkan Bilangan Bunga Ros


1 Rose
Cinta pandang pertama, kau lah yang satu
2 Roses
Saling menyayangi antara satu sama lain
3 Roses
I love you
6 Roses
Aku ingin menjadi milikmu
7 Roses
Aku tergila-gilakan kamu
 9 Roses
Cinta yang abadi, hinga hujung nyawa
10 Roses
Kamu adalah sempurna
11 Roses
Kaulah benda yang paling berharga, yang paling disayangi di muka bumi ini
12 Roses
Be my steady
13 Roses
Peminat rahsia
15 Roses
Saya minta maaf, tolong maafkan saya
 20 Roses
Percayalah, aku sangat jujur terhadap kamu
21 Roses
Aku setia pada mu
24 Roses
Tak boleh berhenti teringatkan awak, 24jam sehari
33 Roses
menyatakan “Aku cinta padamu” dengan lebih mendalam lagi
36 Roses
Aku akan ingati waktu-waktu indah kita bersama
 40 Roses
Cintaku padamu adalah tulen
 50 Roses
Cinta yang tiada sesalan
99 Roses
Aku akan mencintaimu sepanjang hidupku
100 Roses
Akan kekal bersama bahagia seabad lamanya, akan kekal setia hingga lanjut usia
101 Roses
Kaulah satu-satunya cintaku
108 Roses
Jom Kahwin!
365 Roses
Tak boleh berhenti memikirkan kamu 365hari
999 Roses
Cinta yang berkekalan sampai bila-bila

0 ulasan:

Catat Ulasan