Khamis, 14 Mac 2013

~SAHABAT~

Sahabat...
Ada dalam suka dan duka
Saat tertawa ataupun menangis
Saat terdiam ataupun marah

Sahabat...
Kau warnai hidup ku
Kau berikan rasa dalam hati ku
Bahkan kau sinari aku dengan kasih mu

Sahabat...
Canda tawamu menghiasi sanubari ku
Bayangan dirimu selalu terbawa sampai tidur ku
Beruntungnya diri ku memiliki mu

Sahabat...
Ku kirimkan tanda kasih ini
Sebagai pengikat tali persaudaraan kita
Yang tak akan pernah terputus

Terima kasih sahabat
Doaku selalu mengiringi langkah kita
Berjalan bersama indahnya waktu
Membentuk mutiara persahabatan







Setiap orang memerlukan sahabat...
Sahabat merupakan pelengkap kepada kelemahan kita. Sahabat mampu menjadi penguat saat kita lemah, menghulurkan tangan saat kita jatuh dan penghibur saat kita berduka.
Sahabat juga merupakan seseorang yang akan membawa kita ke syurga. Oleh itu,kita perlu bijak dalam memilih sahabat. Mana yang baik kita dekati dan jadikan ikutan. Manakala yang tidak baik haruslah kita jauhkan atau bimbinglah mereka untuk sama-sama menuju ke arah kebaikan.


Apakah Sifat Atau Ciri-ciri Sahabat Yang Baik?
  1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, dia akan melindungimu.
  2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatanmu.
  3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantumu.
  4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerima dengan baik.
  5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada engkau, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
  6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada engkau, dia akan menutupnya.
  7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakan.
  8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
  9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
  10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu.
  11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.
  12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan kamu.



Tip Membina Persahabatan Yang Murni

1. Kecintaan-Ikatan persahabatan akan mudah rapuh jika tiada kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada pemilik cinta itu sendiri iaitu Allah S.W.T. Oleh itu,kita perlu meluahkan rasa cinta terhadap sahabat dengan mengungkap 'uhibbuka atau i fillah' (bagi sahabat yang sama jantina) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka kerana Allah.

2. Kasih sayang-Setelah kita mencintai sahabat, kita perlu curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Kasih sayang tidak semestinya dipamerkan secara luaran tetapi cukuplah sekadar kita mendoakan sahabat-sahabat kita. Insyaallah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

3. Keikhlasan dapat menjamin sesebuah persahabatan untuk mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas dalam menjalinkan hubungan persahabatan akan mengundang permusuhan antara sahabat.

4. Kesetiaan terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap sebuah ikatan persahabatan, kita akan diingati sehingga akhir hayat mereka. Ini kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan.

5. Keberanian dalam berkata benar. Dalam persahabatan, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakitinya. Kita hendaklah berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Kita juga perlu berani menasihati sahabat kita.

6. Kejujuran-Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat-sahabat kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan.

7. Kemaafan-Bersedialah untuk memaafkan sahabat kita sekiranya mereka melakukan kesilapan tidak kira sebesar apapun kesalahan mereka terhadap kita. Ini kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia memaafkan sahabatnya. Begitu juga sebaliknya.

8. Kesedihan-Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka ikutlah bersedih bersama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Mungkin ketika itu, tiada siapa yang akan mereka cari, selain kita sahabat mereka.

9. Kegembiraan-Jika kita gembira, maka kongsilah kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat kita. Kegembiraan kita, bermakna kegembiraan mereka juga. Secara tidak langsung kita dapat bergelak tawa bersama mereka dan dapat melihat senyuman terukir di wajah mereka.

10. Keserasian-Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza. Namun, dalam persahabatan, keserasian dapat diwujudkan  apabila terbinanya persefahaman di antara dua pihak.




Sahabat Yang Perlu Dielakkan Atau Ditinggalkan

1. Sahabat yang tamak-dia sangat tamak, dia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak dan dia hanya mementingkan diri sendiri.

2. Sahabat hipokrit-dia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau atau hal-hal mendatang, dia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong dan jika ada kesempatan membantu, dia menyatakan tidak sanggup.

3. Sahabat pengampu-dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah. Dihadapan kamu, dia memuji dirimu dan dibelakang kamu, dia merendahkan dirimu.

4. Sahabat pemboros dan suka berhibur-dia menjadi kawan kamu jika kamu suka pesta, berkeliaran dan melepak pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.





0 ulasan:

Catat Ulasan