Isnin, 4 Mac 2013

HATI......





Hati...segalanya bermula disitu. Hati yang penuh dengan kasih dan sayang, hati yang penuh dengan rasa benci dan dendam, hati yang sentiasa cinta kedamaian, hati yang sentiasa inginkan kepuasan. Cantik dan buruknya perilaku seseorang bergantung pada hatinya.
Ramai yang lemah kerananya. Memilikinya tanpa sedar akan pengaruhnya. Kenapa ramai yang suka menjadi hambanya? Menurut segala kemahuannya tanpa bertanya pada akal yang lebih sempurna.
Kerana hati, ramai yang tersungkur, rebah menjadi hamba duniawi. Apabila diri dipuji-puji, hati kembang tidak terperi. Mencipta keangkuhan dalam hati dan merasakan dirilah yang terhebat di muka bumi ini.

"Ketahuilah bahawa di dalam dada manusia ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya, apabila ia rosak, rosaklah seluruhnya. Ketahuilah seketul daging itu adalah hati" 
[HR Bukhari dan Muslim]





Sebab Hati Tak Tenang


1. Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang yang kerap marah atau panas baran seringkali mempunyai hati yang tidak tenang dan susah mendapat kawan.

2. Pendendam
Orang yang bersifat pendendam akan sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam kerana orang yang mempunyai sifat ini tidak akan merasa puas dan hati takkan pernah merasa tenang selagi dia menyimpan rasa dendam.

3. Hasad Dengki
Amalan hangus akibat hasad dengki. Jangan biarkan ibadah kita menjadi sia-sia dengan adanya sifat-sifat hasad dengki dalam diri kita.

4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah dan benci pada orang yang abid tetapi bakhil. Ini kerana, walaupun fasiq, sifat pemurahnya tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walaupun berapa banyak yang diminum tetap tidak habis jugak. Oleh itu, orang yang tamak selalu rugi.

6. Ego
Ibu segala mazmummah, jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Semua orang mempunyai ego sendiri dan yang berbeza hanyalah tinggi atau rendah tahap keegoan seseorang itu.

7. Tidak Sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. Oleh itu, perbanyakkanlah bersabar bila menghadapi dugaan kerana Allah menjanjikan setiap kesulitan itu ada kemudahan.

8. Riak
Melakukan sesuatu itu bukan ikhlas kerana Allah tetapi kerana ingin dipuji. Setiap perbuatan itu akan dipertanggungjawabkan kelak.

9. Cinta Dunia
Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi dan akhirat di bawa mati.




Cara Mengubat Hati

  1. Membaca serta bertadarus makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.
  2. Mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan amalan-amalan sunat.
  3. Khusyuk dalam solat.
  4. Sentiasa melakukan muhasabah diri.
  5. Memperbanyakkan qiyamullail dan berdoa terutamanya pada sepertiga malam.
  6. Memperbanyakkan zikir dan memohon ampun kepada Allah SWT.
  7. Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.
  8. Sentiasa mengingati mati.
  9. Sentiasa bersyukur dan redha kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan.
  10. Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan. 



0 ulasan:

Catat Ulasan