Selasa, 12 Februari 2013

BUNGA TERCANTIK DI DUNIA




CHERRY BLOSSOM
Pada saat mekar, pemandangan yang disajikan akan luar biasa. Warna yang paling indah dari bunga ini adalah putih dan pink. Bahkan pada saat jatuh dan terhampar di tanah, pemandangan yang disajikan oleh bunga ini akan sangat luar biasa.



ROSE
Pokok bunga mawar atau ros merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Bunga mawar mempunyai bau harum dan melambangkan bunga cinta.



CALLA LILY
Bunga ini sangat cantik dipandang namun sebenarnya ia adalah sejenis bunga yang beracun. 



BLUE BELLS
  
Pada musim bunga, hutan-hutan di Eropah akan kelihatan seperti hamparan karpet berwarna ungu disebabkan bunga ini. Bunga ini melambangkan kesepian dan kekesalan.



BLEEDING HEART
      
Bunga ini berbentuk hati sewaktu kuncup dan membelah saat mekar. Berwarna pink dengan kelopak putih di dalamnya tapi ada juga yang berwarna putih keseluruhan.



DENDROBIUM
Bunga ini merupakan sejenis bunga orkid terbesar di tropika. Bunganya begitu halus dan begitu sempurna bentuknya.



CANNA
File:Canna Alberich 20030824 014.jpg
Bunga jenis ini mempunyai bunga yang cantik, bahkan juga mempunyai daun yang indah. Bunga ini dipopularkan pada zaman Victoria.



BIRD OF PARADISE
Bird of paradise mendapat namanya kerana bunganya seperti paruh burung bird of paradise dan menjadikannya seolah-olah jelmaan burung ini dalam bentuk tanaman. Bunga ini berasal dari Afrika Selatan.



HYDRANGEA
Kelompok bunga berbentuk bintang, sering dijumpai dalam corak warna lembut. Bunga ini popular dalam bunga perkahwinan dan sebagai bunga taman.



LANTANA
Bunga ini merupakan salah satu dari 150 spesis tanaman yang termaasuk sebagai bunga abadi, asli berasal dari daerah tropis Amerika dan Afrika

Tiada ulasan:

Catat Ulasan