Jumaat, 26 September 2014

Dimana Kelebihan Sebagai Seorang Wanita???





Kelebihan seorang wanita bukan dilihat dari kecantikan paras rupa dan keayuan wajahnya semata-mata, tetapi wanita sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.
Tidak juga dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menutupi bentuk tubuhnya itu. 

Kelebihan wanita bukanlah dilihat dari selazat mana masakan yang mampu dimasaknya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memasak itu.
Kelebihan wanita bukanlah dilihat dari semerdu mana lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.

Kelebihan wanita bukan dilihat dari kepetahannya berbicara, tetapi dilihat dari santunnya ketika ia berbicara.
Bukan juga dilihat dari keberanian dalam berpakaian tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatan dan maruahnya melalui pakaiannya itu.

Kelebihan wanita bukan dilihat dari kebimbangannya digoda orang di tepi jalan tetapi dilihat dari kebimbangan akan dirinya yang mengundang orang tergoda.
Bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana dia mampu menjaga kehormatan dirinya ketika bergaul.

Kelebihan wanita bukanlah juga dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana dia menghadapi ujian itu dengan penuh redha, sabar dan sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.    


animated gifs of Islam- Muslim woman


Rabu, 24 September 2014

Di Sebalik Kekurangan Adanya Keistimewaan






Wanita adalah makhluk Allah yang istimewa. Banyak kelebihan yang diberikan kepada wanita. Namun ramai kaum hawa yang mengatakan susah menjadi wanita.

sparkle Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

sparkle Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila ingin keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

sparkle Wanita persaksiannya kurang daripada lelaki.

sparkleWanita menerima warisan kurang daripada lelaki.

sparkleWanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

sparkleWanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak harus selalu taat pada isterinya.

sparkle Talak terletak di tangan suami dan bukannya isteri.

sparkle Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.


Namun disebalik itu semua banyak hal-hal positif yang tidak disedari oleh kaum hawa yang membuat wanita menjadi lebih istimewa di mata Allah SWT.

Pernahkah kita berfikir bahawa:

 Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak bukan? Itulah analogi seorang wanita Islam.

 Wanita perlu taat pada suaminya tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya tiga kali lebih utama daripada bapanya. Bukankah ibu seorang wanita?

 Wanita menerima warisan kurang daripada lelaki, tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Sebaliknya, lelaki menerima warisan perlu menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.

  Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak tetapi setiap saat dia didoakan segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini dan meniggalnya jika kerana melahirkan adalah syahid.

 Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita, iaitu isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya. Sebaliknya seorang wanita tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh orang lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya,

 Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu mana pun yang disukainya cukup dengan empat syarat sahaja, iaitu solat lima waktu, puasa di bulan ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.

 Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah, tetapi wanita jika taat kepada suaminya serta menunaikan tanggungjawab kepada Allah akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.





Selasa, 2 September 2014

~ HIJAB MAKES YOU BEAUTIFUL ~


A very interesting video

This video caught my attention to wearing a proper hijab according syariah