1) Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang
yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanyakan kepada Rasullulah
SAW akan hal tersebut, jawab baginda " Ibu lebih penyayang daripada
bapa dan doa orang penyayang tidak akan sia-sia ".
2) Syurga di bawah telapak kaki ibu.
3) Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
4) Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya
seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takut akan Allah SWT.
Dan orang yang takut akan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke
atas tubuhnya.
5) Wanita yang tinggal bersama anak-anak akan tinggal bersama aku
(Rasullulah SAW) di dalam syurga.
6) Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah
lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan
amalan sedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki. Maka siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah
dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
7) Barangsiapa mempunyai 3 anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau 2 anak perempuan atau 2 saudara perempuan lalu dia
bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka
dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya
adalah syurga.
8) Apabila dipanggil oleh kedua orang tua mu, maka jawablah panggilan
ibu mu terlebih dahulu.
9) Daripada Aisyah r.a berkata, "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu
daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api
neraka".
10) Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari
mana saja pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11) Wanita yang taat pada suami, maka semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar
baginya selama dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan
puasanya.
12) Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasullulah, siapakah yang
lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasullulah SAW
"Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasullulah
SAW, "Ibunya".
13) Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan
ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang dikehendakinya.
14) Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka
Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).
15) Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,
maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT
mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16) Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka
Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad
pada jalan Allah.
17) Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18) Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajukan.
19) Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya
yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti
memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela
agama Allah SWT.