Isnin, 20 Mei 2013

ANDAI SEORANG LELAKI ITU DATANG...






Andai seorang lelaki datang kepadamu ketika kau perlukan teman...
Andai seorang lelaki datang kepadamu dengan ciri-ciri lelaki idaman...
Andai seorang lelaki datang menegur dan membuatmu terhibur...
Andai seorang lelaki datang menanyakan pendapatmu tentang dirinya...
Andai seorang lelaki datang menanyakan tentang ketampanan wajah dan keromantikan dirinya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang memintamu membetulkan kolar baju dan rambutnya...
Andai seorang lelaki datang kepadamu sambil merapatkan badannya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang tanpa segan silu padamu walau dirimu sudah pemalu, sopan dan ayu...
Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu???

Mungkin pada pandangan lelaki itu,
"Kau sangat comel pada mataku"

"Kau dah seperti adik kandungku"

"Lu keras macam tomboy takkan lu nak feeling dengan gua"

"Kau dan aku bukan alim sangat jadi janganlah nak hipokrit"

"Kaulah kekasihku, kau perlukan belaian dan sokongan moral dariku"

"Aku tahu kau sunyi, aku tak kisah kalau aku kau nodai. Aku sudi dan sabar menanti"

"Oh, kau adalah bakal isteriku, aku harus berlatih dari sekarang 'menumpangkan' bahuku"

"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang
 lain "

Tetapi wahai wanita, adakah itu yang kamu mahu dan dambakan???
Adakah itu yang kamu perlukan???

Andai seorang lelaki itu datang...
Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...

BERANIKAN diri untuk BERUNDUR
GAGAHKAN diri untuk TIDAK CAIR DILEBUR
TABAHKAN diri untuk menjadi PEREMPUAN EKSKLUSIF YANG UNGGUL!

Perempuan yang taat hanya pada lelaki yang bernama ayah dan suami
Perempuan yang sedar maruah dan keunikan diri
Perempuan yang takkan cair dengan pujukan rayu 'syaitan' lelaki
Perempuan yang punya jati diri, berundur kerana tak mahu suaminya nanti dibayangi bekas teman-teman lelaki
Sesungguhnya, neraka itu hakiki...

Ingatlah wahai diri yang bernama wanita, andai seorang lelaki itu datang...
Beranikanlah diri untuk berfikir dan menolak dengan mata...





::INI ADALAH PERINGATAN UNTUK DIRI AKU SENDIRI DAN SEMUA WANITA::

Rabu, 1 Mei 2013

CANTIKNYA SEORANG WANITA





Di Manakah Cantiknya Seorang Wanita???

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan tajam. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi ibu, ayah, suami dan pipi anak-anak. Atau pun pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan

Sejuta perkataan masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan wanita. Kepada semua wanita panjatkanlah rasa kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita wanita dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin setiap waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia iaitu sifat kewanitaan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.


Bagaimanakah Cara Ingin Menjadi Lebih Cantik Dan Menarik???

 Jadikanlah ghadhul Bashar sebagai "hiasan mata" anda, nescaya 
    akan semakin bening dan jernih.

 Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin 
     manis.

 Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari 
     rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

 Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan 
     kesalahan yang anda lakukan.

 Rawatlah rambut anda dengan "selendang Islami" yang akan 
     menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahaya.

 Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari 
     anda dengan cincin Ukhuwwah.

 Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

 Bedaklah wajah anda dengan "air wuduk" nescaya akan bercahaya di 
     akhirat. Insayallah.