Sabtu, 20 April 2013

::REDHA::PASRAH::



Apakah yang dimaksudkan dengan redha???

Redha ialah menerima dengan rasa tenang tanpa ada rasa kecewa atau tertekan dengan apa yang diberi oleh Allah kepada kita baik berupa hukum dan peraturan qada' mahupun sesuatu ketentuan daripadaNya.

Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kita kepada Allah Taala untuk mendekatkan lagi diri kita kepadaNya.

Redha Allah kepada hambaNya adalah berupa tambahan kenikmatan, pahala, dan ditinggikan darjat kemuliaannya. Sedangkan redha seorang hamba kepada Allah mempunyai erti menerima dengan sepenuh hati setiap ketetapan dari Allah dengan melaksanakan segala perintahNya serta menjauhi semua laranganNya.

Semua ketetapan yang telah ditentukan oleh Allah haruslah diterima dengan cara bersyukur ketika mendapatkan nikmat dan bersabar ketika ditimpa musibah. Namun, disebalik redha juga perlu ada usaha iaitu kita berusaha untuk mengubah ketetapan yang kita rasa tidak baik untuk diri kita. Contohnya, kegagalan. Kita redha dengan kegagalan kita pada masa kini namun pada masa yang sama kita perlu lebih berusaha untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang.




Apa pula maksud pasrah???

Pasrah mempunyai sama maksud dengan redha cuma bezanya pasrah ialah kita menerima kenyataan dengan begitu sahaja tanpa ada usaha untuk mengubahnya.




Ahad, 14 April 2013

:: BIRTH FLOWER::




Januari~Carnation 
Carnation

Mewakili kebanggaan, kecantikan, kekaguman, kasih sayang dan rasa berterima kasih. Erti bunga carnation bergantung kepada warnanya yang pelbagai. Bunga carnation yang berwarna merah membawa maksud sebagai kekaguman sedangkan warna merah yang gelap ertinya kasih sayang yang dalam. Warna putih bermaksud cinta yang murni, persahabatan dan keberuntungan.



Februari~Iris


Bunga iris melambangkan keyakinan, keberanian, kebijaksanaan, harapan dan pujian. Bunga ini biasanya berwarna biru, putih, kuning dan ungu. Pada zaman kuno, akar bunga iris digunakan dalam perfume dan ubat-ubatan.


Mac~Daffodil

Bunga ini bererti kelahiran kembali, semangat baru, kegembiraan, keceriaan, kehormatan dan penghargaan. Bunga daffodil sesuai untuk meraikan sesuatu yang menggembirakan seperti anak baru, rumah baru atau pekerjaan baru.



April~Daisy

Bunga daisy cukup sederhana bentuknya. Bunga ini melambangkan kepolosan, kemurnian fikiran, hati serta jiwa. Selain itu, bunga daisy juga melambangkan cinta yang mengalahkan segalanya. Pemberian bunga daisy khusus untuk seseorang adalah bukti bahawa kasih sayang anda benar kerana bunga yang sederhana ini juga merupakan tanda cinta sejati dan kasih sayang.



Mei~Lily

Bunga lily mencerminkan kesucian hati, keagungan dan kehormatan. Bunga ini juga dikatakan membawa keberuntungan dalam cinta.



Jun~Mawar

Bunga mawar mempunyai pelbagai warna dan warna-warna tersebut membawa maksud yang tersendiri. Namun semua bunga mawar melambangkan cinta, penghargaan dan mengungkapkan kecantikan, keindahan serta kesempurnaan.



Julai~Delphinium

Bunga delphinium melambangkan hati yang terbuka dan perasaan tanpa beban. Warna yang lembut dan keharuman yang menyegarkan dari bunga kelahiran musim panas ini memberikan keindahan yang sangat menarik.



Ogos~Gladiol

Bunga ini mencerminkan kekuatan karekter, kecantikan, keindahan dan kekaguman. Buket bunga gladiol diberikan sebagai tanda penghormatan kepada orang yang karekternya anda kagumi.



September~Aster

Bunga ini membawa maksud kesabaran, kehalusan cinta, dan keberuntungan. Bunga aster dikenali sebagai pengikat cinta, simbol keabadian dan keagungan. 



Oktober~Marygold

Bunga ini melambangkan kasih sayang, rahmat, kepuasan, rasa syukur dan simpati. Bunga marygold selalu diberikan untuk meraikan kelahiran bayi baru dan dipakai dalam pernikahan.



November~Chrysanthemum

Bererti kasih sayang, keceriaan, keindahan, kekayaan, persahabatan dan cinta rahsia.



Disember~Poinsettia
 

Bunga ini juga dikenali sebagai bunga natal. Ia melambangkan keceriaan dan kegembiraan.

Jumaat, 12 April 2013






Assalamualaikum...
    Sekarang baru dapat update blog sebab baru je baik demam tapi tekak masih sakit la dan sedih sikit sebab demam masa birthday sendiri beberapa hari yang lalu. Ermmm...sebenarnya bukan sedih sikit tapi sedih sangat sebab tahun ni buat pertama kalinya aku sambut birthday tanpa papa di sisi. I miss him so much...
Anyway, semoga hari-hari yang seterusnya  lebih baik daripada hari-hari yang semalam...aamiin 
Smiley Face



Sabtu, 6 April 2013









Wahai Mr.H

Kehadiran awak selama 2 hari beberapa minggu yang lalu telah menghuru-harakan semula fikiran dan perasaan saya sehingga hari ini...


::susahnya nak buang awak dari hati ini::