Sahabat pengubat kesunyian Kekasih penyembuh kelukaan Sahabat tempat mengadu Kekasih tempat bermadu kasih Sahabat menghulurkan bantuan Kekasih menghulurkan sokongan
SAHABAT DAN KEKASIH MANA YANG PENTING??? Sahabat dan kekasih adalah orang yang membantu mewarnai kehidupan kita setiap hari. Sebagai sahabat kepada sahabat kita dan kekasih kepada seseorang, kita perlulah berlaku adil dan pandai menjaga perasaan sahabat dan kekasih. Janganlah masa happy kita asyik dengan kekasih then bila sedih dan ada masalah barulah teringat pada sahabat. So, bagi aku kedua-duanya pun penting dalam kehidupan kita. Semuanya bergantung pada individu itu sendiri dalam memainkan peranannya sebagai seorang sahabat dan kekasih.
Sahabat... Ada dalam suka dan duka Saat tertawa ataupun menangis Saat terdiam ataupun marah Sahabat... Kau warnai hidup ku Kau berikan rasa dalam hati ku Bahkan kau sinari aku dengan kasih mu Sahabat... Canda tawamu menghiasi sanubari ku Bayangan dirimu selalu terbawa sampai tidur ku Beruntungnya diri ku memiliki mu Sahabat... Ku kirimkan tanda kasih ini Sebagai pengikat tali persaudaraan kita Yang tak akan pernah terputus Terima kasih sahabat Doaku selalu mengiringi langkah kita Berjalan bersama indahnya waktu Membentuk mutiara persahabatan
Setiap orang memerlukan sahabat...
Sahabat merupakan pelengkap kepada kelemahan kita. Sahabat mampu menjadi penguat saat kita lemah, menghulurkan tangan saat kita jatuh dan penghibur saat kita berduka.
Sahabat juga merupakan seseorang yang akan membawa kita ke syurga. Oleh itu,kita perlu bijak dalam memilih sahabat. Mana yang baik kita dekati dan jadikan ikutan. Manakala yang tidak baik haruslah kita jauhkan atau bimbinglah mereka untuk sama-sama menuju ke arah kebaikan.
Apakah Sifat Atau Ciri-ciri Sahabat Yang Baik?
Jika engkau berbuat bakti kepadanya, dia akan melindungimu.
Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatanmu.
Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantumu.
Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerima dengan baik.
Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada engkau, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada engkau, dia akan menutupnya.
Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakan.
Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu.
Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan kamu.
Tip Membina Persahabatan Yang Murni
1. Kecintaan-Ikatan persahabatan akan mudah rapuh jika tiada kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada pemilik cinta itu sendiri iaitu Allah S.W.T. Oleh itu,kita perlu meluahkan rasa cinta terhadap sahabat dengan mengungkap 'uhibbuka atau i fillah' (bagi sahabat yang sama jantina) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka kerana Allah.
2. Kasih sayang-Setelah kita mencintai sahabat, kita perlu curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Kasih sayang tidak semestinya dipamerkan secara luaran tetapi cukuplah sekadar kita mendoakan sahabat-sahabat kita. Insyaallah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.
3. Keikhlasandapat menjamin sesebuah persahabatan untuk mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas dalam menjalinkan hubungan persahabatan akan mengundang permusuhan antara sahabat.
4. Kesetiaanterhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap sebuah ikatan persahabatan, kita akan diingati sehingga akhir hayat mereka. Ini kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan.
5. Keberaniandalam berkata benar. Dalam persahabatan, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakitinya. Kita hendaklah berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Kita juga perlu berani menasihati sahabat kita.
6. Kejujuran-Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat-sahabat kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan.
7. Kemaafan-Bersedialah untuk memaafkan sahabat kita sekiranya mereka melakukan kesilapan tidak kira sebesar apapun kesalahan mereka terhadap kita. Ini kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia memaafkan sahabatnya. Begitu juga sebaliknya.
8. Kesedihan-Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka ikutlah bersedih bersama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Mungkin ketika itu, tiada siapa yang akan mereka cari, selain kita sahabat mereka.
9. Kegembiraan-Jika kita gembira, maka kongsilah kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat kita. Kegembiraan kita, bermakna kegembiraan mereka juga. Secara tidak langsung kita dapat bergelak tawa bersama mereka dan dapat melihat senyuman terukir di wajah mereka.
10. Keserasian-Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza. Namun, dalam persahabatan, keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman di antara dua pihak.
Sahabat Yang Perlu Dielakkan Atau Ditinggalkan
1. Sahabat yang tamak-dia sangat tamak, dia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak dan dia hanya mementingkan diri sendiri.
2. Sahabat hipokrit-dia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau atau hal-hal mendatang, dia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong dan jika ada kesempatan membantu, dia menyatakan tidak sanggup.
3. Sahabat pengampu-dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah. Dihadapan kamu, dia memuji dirimu dan dibelakang kamu, dia merendahkan dirimu.
4. Sahabat pemboros dan suka berhibur-dia menjadi kawan kamu jika kamu suka pesta, berkeliaran dan melepak pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.
Hati...segalanya bermula disitu. Hati yang penuh dengan kasih dan sayang, hati yang penuh dengan rasa benci dan dendam, hati yang sentiasa cinta kedamaian, hati yang sentiasa inginkan kepuasan. Cantik dan buruknya perilaku seseorang bergantung pada hatinya. Ramai yang lemah kerananya. Memilikinya tanpa sedar akan pengaruhnya. Kenapa ramai yang suka menjadi hambanya? Menurut segala kemahuannya tanpa bertanya pada akal yang lebih sempurna. Kerana hati, ramai yang tersungkur, rebah menjadi hamba duniawi. Apabila diri dipuji-puji, hati kembang tidak terperi. Mencipta keangkuhan dalam hati dan merasakan dirilah yang terhebat di muka bumi ini.
"Ketahuilah bahawa di dalam dada manusia ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya, apabila ia rosak, rosaklah seluruhnya. Ketahuilah seketul daging itu adalah hati"
[HR Bukhari dan Muslim]
Sebab Hati Tak Tenang
1. Pemarah Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang yang kerap marah atau panas baran seringkali mempunyai hati yang tidak tenang dan susah mendapat kawan.
2. Pendendam Orang yang bersifat pendendam akan sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam kerana orang yang mempunyai sifat ini tidak akan merasa puas dan hati takkan pernah merasa tenang selagi dia menyimpan rasa dendam.
3. Hasad Dengki Amalan hangus akibat hasad dengki. Jangan biarkan ibadah kita menjadi sia-sia dengan adanya sifat-sifat hasad dengki dalam diri kita.
4. Bakhil Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Allah lebih sayang orang yang fasiqtetapi pemurah dan benci pada orang yangabidtetapi bakhil. Ini kerana, walaupun fasiq, sifat pemurahnya tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
5. Tamak Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walaupun berapa banyak yang diminum tetap tidak habis jugak. Oleh itu, orang yang tamak selalu rugi.
6. Ego Ibu segala mazmummah, jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Semua orang mempunyai ego sendiri dan yang berbeza hanyalah tinggi atau rendah tahap keegoan seseorang itu.
7. Tidak Sabar Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. Oleh itu, perbanyakkanlah bersabar bila menghadapi dugaan kerana Allah menjanjikan setiap kesulitan itu ada kemudahan.
8. Riak Melakukan sesuatu itu bukan ikhlas kerana Allah tetapi kerana ingin dipuji. Setiap perbuatan itu akan dipertanggungjawabkan kelak.
9. Cinta Dunia Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi dan akhirat di bawa mati.
Cara Mengubat Hati
Membaca serta bertadarus makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.
Mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan amalan-amalan sunat.
Khusyuk dalam solat.
Sentiasa melakukan muhasabah diri.
Memperbanyakkan qiyamullail dan berdoa terutamanya pada sepertiga malam.
Memperbanyakkan zikir dan memohon ampun kepada Allah SWT.
Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.
Sentiasa mengingati mati.
Sentiasa bersyukur dan redha kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan.
Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.